Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaf.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN WAQAF TUNAI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

(1 Vote)
#

Pada 22 Disember 2015, KeBawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V bersama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mencemar duli ke Dewan Bunga Emas Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan untuk merasmi dan melancarkan Waqaf Tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Majlis ini bermula dengan bacaan al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Fahmi, juara Akademi Al-Quran dan seterusnya ucapan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Serpudin bin Mohamad, Timbalan Yang DiPertua MAIK

KDYMM Tuanku Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan untuk bertitah dan seterusnya merasmikan Waqaf Tunai dan melancarkan website, sistem waqaf tunai serta projek pondok bunut payong. Tayangan multimedia turut dipersembahkan kepada hadirin jemputan. Antara jemputan yang hadir adalah Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli MAIK dan Jemaah Ulama, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, Setiausaha Sulit, Ketua-ketua Jajahan, Ketua Jabatan Negeri dan persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Pegawai-pegawai Tadbir Ugama, bank-bank tempatan, Imam-imam Bandar dan jajahan, keluarga Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, pewakaf-pewakaf serta kakitangan MAIK.

Bacaan doa penutup telah dibacakan oleh Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan seterusnya para hadirin berpeluang untuk solat maghrib berjemaah bersama KDYMM Sultan Kelantan dan YTM Tengku Mahkota.

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V kerana merasmi dan melancarkan Waqaf Tunai MAIK, begitu juga kepada semua jemputan yang hadir ke majlis ini.

Bagi menjayakan pembangunan waqaf di Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mengalu-alukan sumbangan waqaf tunai daripada orang ramai sepanjang masa.

Sumbangan boleh disalurkan secara online dengan mendaftar sebagai Rakan Waqaf di portal rasmi MAIK dan sumbangan boleh dibuat secara debit atau kredit melalui bank-bank yang tersenarai.

Kaunter untuk sumbangan wakaf turut disediakan di MAIK bagi memudahkan orang ramai membuat sumbangan seterusnya mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Orang ramai juga boleh melayari laman web waqaf MAIK di waqaf.e-maik.my untuk mendapatkan maklumat lanjut perkembangan waqaf dari semasa ke semasa.

Berwaqaflah dengan WAQAF TUNAI MAIK untuk mendapat ganjaran pahala berterusan dan keuntungan saham akhirat yang berkekalan. “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”.

 

Read 769 times

Hubungi Kami

  • Kompleks Islam Darul Naim Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • +609 7481512
  • waqaftunai@e-maik.my
  • waqaf.e-maik.my
  • Peta Lokasi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
186
3320
4010
1962217
11978
15734
1970426