Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaf.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

LAWATAN KERJA PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP)

(0 votes)

Pada 23 Oktober 2018, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Rusydee Abdullah, Setiausaha MAIK yang mewakili Yang Amat Berusaha Dr.Timbalan Yang DiPertua MAIK, diiringi oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan kakitangan MAIK.

Rombongan pihak MAIK telah disambut baik oleh kakitangan MAINPP yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Shamsul Bahar Bin Abd Rani, Pengurus Baitulmal, Yang Berusaha Haji Fakhruddin Bin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf dan Yang Berusaha Encik Shahril Bin Shahrom Ketua Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis.

Ahli rombongan MAIK telah diberi taklimat dan perkongsian ilmu berkaitan pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf yang telah dilaksanakan oleh pihak MAINPP, dan sesi taklimat tersebut diteruskan dengan sesi cambahan idea dari kedua-dua belah pihak.

Ahli rombongan MAIK berpeluang untuk Solat Zohor di masjid yang dibina diatas tanah wakaf iaitu Masjid Abdullah Fahim yang terletak di Kepala Batas Pulau Pinang. Seterusnya, lawatan ke tapak projek Wakaf Setee Aisyah turut diadakan bagi melihat pembangunan rumah dan bangunan komersial yang telah disewakan.

Pihak MAIK amat berbesar hati dan mengucapkan penghargaan kepada warga MAINPP kerana memberi kerjasama yang amat baik disepanjang program lawatan kerja tersebut. Semoga jalian ukhuwah antara MAIK dan MAINPP akan terjalin dan amanah pengurusan wakaf ini akan terus terpelihara.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Read 109 times Last modified on Rabu, 21 November 2018 08:50

Hubungi Kami

  • Kompleks Islam Darul Naim Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • +609 7481512
  • waqaftunai@e-maik.my
  • waqaf.e-maik.my
  • Peta Lokasi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
160
3320
3984
1962217
11952
15734
1970400