Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaf.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN WAQAF TUNAI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

#

Pada 22 Disember 2015, KeBawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V bersama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mencemar duli ke Dewan Bunga Emas Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan untuk merasmi dan melancarkan Waqaf Tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Majlis ini bermula dengan bacaan al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Fahmi, juara Akademi Al-Quran dan seterusnya ucapan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Serpudin bin Mohamad, Timbalan Yang DiPertua MAIK

KDYMM Tuanku Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan untuk bertitah dan seterusnya merasmikan Waqaf Tunai dan melancarkan website, sistem waqaf tunai serta projek pondok bunut payong. Tayangan multimedia turut dipersembahkan kepada hadirin jemputan. Antara jemputan yang hadir adalah Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli MAIK dan Jemaah Ulama, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, Setiausaha Sulit, Ketua-ketua Jajahan, Ketua Jabatan Negeri dan persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Pegawai-pegawai Tadbir Ugama, bank-bank tempatan, Imam-imam Bandar dan jajahan, keluarga Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, pewakaf-pewakaf serta kakitangan MAIK.

Bacaan doa penutup telah dibacakan oleh Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan seterusnya para hadirin berpeluang untuk solat maghrib berjemaah bersama KDYMM Sultan Kelantan dan YTM Tengku Mahkota.

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V kerana merasmi dan melancarkan Waqaf Tunai MAIK, begitu juga kepada semua jemputan yang hadir ke majlis ini.

Bagi menjayakan pembangunan waqaf di Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mengalu-alukan sumbangan waqaf tunai daripada orang ramai sepanjang masa.

Sumbangan boleh disalurkan secara online dengan mendaftar sebagai Rakan Waqaf di portal rasmi MAIK dan sumbangan boleh dibuat secara debit atau kredit melalui bank-bank yang tersenarai.

Kaunter untuk sumbangan wakaf turut disediakan di MAIK bagi memudahkan orang ramai membuat sumbangan seterusnya mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Orang ramai juga boleh melayari laman web waqaf MAIK di waqaf.e-maik.my untuk mendapatkan maklumat lanjut perkembangan waqaf dari semasa ke semasa.

Berwaqaflah dengan WAQAF TUNAI MAIK untuk mendapat ganjaran pahala berterusan dan keuntungan saham akhirat yang berkekalan. “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”.

 

EXIT CONFERENCE BERSAMA JABATAN AUDIT NEGARA BAGI KAJIAN PENGURUSAN HARTANAH WAKAF

#

Pihak Audit Negara telah menjalankan kajian keatas pengurusan hartanah wakaf yang terletak di bawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Objektif pengaudiatan ini adalah bagi menilai sejauh mana pengurusan hartanah wakaf telah dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berkesan berlandaskan Enakmen serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Pelaksanaan kajian ini adalah secara across the board iaitu dijalankan secara serentak di semua negeri bermula Mac 2015.

Pada 07 Oktober 2015, Mesyuarat exit conference bersama Jabatan Audit Negara telah diadakan di bilik mesyuarat Tingkat 4 MAIK yang dipengerusikan oleh Pengarah Audit Sektor Negeri iaitu YABhg Dato’ Che Isa bin Haji Che Kob. Turut hadir mesyuarat ini adalah YABhg Dato’ Haji Serpudin Mohamad, Timbalan Yang DiPertua MAIK, Pengarah Audit Negeri Kelantan, Encik Jesmani Yusof, Pegawai-Pegawai MAIK serta kakitangan Audit Negeri Kelantan.

Pengauditan keatas hartanah wakaf akan membantu pihak MAIK untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan hartanah wakaf selaras dengan MAIK sebagai pengawal tunggal hartanah wakaf di Negeri Kelantan.

PROGRAM ZIARAH KUBUR PEWAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)

#

Pada 3 Mac 2015, Unit Wakaf telah mengadakan satu program Ziarah Kubur pewakaf iaitu Allahyarham Wan Mustapha Bin Wan Osman di tapak tanah wakaf khas perkuburan Mukim Chengal Pintu Geng Kota Bharu yang telah meninggal dunia pada 04 Januari 2015. Beliau merupakan antara pewakaf yang telah memberi sumbangan hartanah untuk diletakkan di bawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi kebajikan maslahah umum.

“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya”.
Hadis Riwayat Muslim

Bacaan doa dan tahlil diketuai Al-Fadhil Ustaz Abd Razak bin Hussein, Pegawai Baitulmal MAIK. Sumbangan ikhlas turut dihulurkan kepada wakil keluarga arwah yang disampaikan oleh Puan Shakirah bt Mohamad (Pegawai Wakaf MAIK). Al-Fatihah kepada semua pewakaf MAIK, Semoga Allah sentiasa merahmati dan menempatkan mereka bersama orang yang beriman dan soleh.

WAWANCARA “WAKAF” DALAM RANCANGAN NASI LEMAK KOPI ‘O’ DI TV 9

Pada 5 September 2015, satu wawancara khas bersama Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi “O” TV9 telah bersiaran langsung dari Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu sempena Karnival Raudhah 2015. Wawancara ini membincangkan pelbagai isu pembangunan dan aktiviti-aktiviti wakaf dibawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai pengawal tunggal hartanah wakaf di Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Mufti Kelantan turut mengupas produk baharu wakaf yang bakal dilancarkan oleh pihak MAIK iaitu Waqaf Tunai. Produk Waqaf Tunai diterima baik oleh masyarakat dan pihak MAIK bersedia memberi perkhidmatan mesra pengguna dengan kaedah sumbangan melalui e-payment (portal MAIK), kaunter dan potongan gaji. Sempena dengan Karnival Raudhah 2015, Kaunter Unit Wakaf turut disediakan di Booth MAIK dengan paparan digital berkaitan aktiviti wakaf untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan informasi terkini berkaitan wakaf dibawah kawalan MAIK.

 

Hubungi Kami

  • Kompleks Islam Darul Naim Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • +609 7481512
  • waqaftunai@e-maik.my
  • waqaf.e-maik.my
  • Peta Lokasi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
233
3320
4057
1962217
12025
15734
1970473